Sunday, March 4, 2018

APAKAH KESAN KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN KEPADA KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA?


“KESAN KONTRAK SOSIAL YANG TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN KE ATAS KEHIDUPAN RAKYAT MALAYSIA SEHINGGA KINI”

KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
SESI DISEMBER 2017
PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI
JABATAN: KEJURUTERAAN AWAM



                                                                                                                                   
AHLI KUMPULAN
NO MATRIK
MUHAMMAD AZRI BIN ROSLI
02DKA17F2035
MUHAMMAD ZULQARNAIN BIN MOKHTAR
02DKA17F2015
WAN MUHAMMAD SHAFIQ AIMAN BIN ABDULLAH
02DKA17F2032
MUHAMMAD FAROK BIN ABDUL JANI
02DKA17F2069





                                                                                                                                                                      
ISI KANDUNGAN
BIL.
PERKARA
1
PENGHARGAAN
2
PENGENALAN
3
SYARAT-SYARAT KONTRAK SOSIAL
4
KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
5
ISI KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA
6
KESAN KONTRAK SOSIAL
7
KESIMPULAN
8
RUJUKAN
9
LAMPIRAN











PENGHARGAAN
          Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
 Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi
Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini.

         Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini.
 Begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begituhebat.
 Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"






PENGENALAN
           Kontrak adalah suatu tindakan yang dilakukan oleh dua atau lebih pihak dimana masing-masing pihak yang ada didalannya dituntut untuk melakukan satu atau lebih prestasi. Dalam pengertiandemikian kontrak merupakan perjanjian. Namun demikian kontrak merupakan perjanjian yang berbentuk tertulis. Ia juga adalah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatumaksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan. Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi lebih ketara dalamsebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduannasional dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik. Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo.
          Melalui Perkara 14±18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian- bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysiaadalah sebuah negara sekular.Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kalidibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yangmenegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayukepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkangolongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telahditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu





SYARAT-SYARAT KONTRAK SOSIAL
            Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1]

           Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

         Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

         Universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

         Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

         Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

         Justeru, kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

         Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa       Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."





KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL
        Kepentingan Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsipketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjianantara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orangMelayu dan Bumiputera dan pemberian hak kearga negaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan mudasekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputeraharus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila ± bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera dipertikaikan.
.i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepadagenerasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.






ISI KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA
Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang Melayu, Kedaulatan Rajaraja dan Sultan Melayu serta taraf kerakyatan melalalui Prinsip ‘Jus Soli’.

Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini merupakan salah satu langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa Melayu serta menggalakkan penggunaannya.
Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu dilancarkan dalam tahun 1960, melalui cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan dengan kebenaran Yang Di Pertua Dewan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka. Sebagai mercu kejayaan dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1970. Kesemua sekolah di Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan merupakan satu subjek wajib bermula dari tahun 1982.

Manakala dalam Perkara 3 (1) pula, Agama Islam merupakan agama persekutuan. Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi. Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan merayakan perayaan masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-masing.

Ketiga, prinsip kerakyatan secara ‘jus soli’ telah diperkenalkan semasa rancangan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya adalah warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Selain itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.

Selain itu, prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukunegara yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di Malaysia. Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948. Ia bertujuan untuk melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.

Seterusnya, kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan didalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di Tanah Melayu.
                           
Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan secara sesuka hati.






KESAN KONTRAK SOSIAL
        Unsur tradisi merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan oleh Suruhanjaya Reid menekankan faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu yang lebih dikenali sebagai kontrak sosial .Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India  telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.
         Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial ini ialah Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah ‘Negara’ di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada ’kehendak umum’.Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
         Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini . Terdapat beberapa elemen utama yang perlu difahami dalam kontrak sosial ini.Antara unsur tradisi yang terkandung dalam kontrak sosial ini adalah:2.1Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada unsur tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Namun begitu, tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain (Perlembagaan Persekutuan, 2005). Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957.Kemudiannya, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan seterusnya dalam Akta Pendidikan 1996 ( Saifullah Zulkifli , 2005).Bahasa Melayu memang wajar dijadikan bahasa kebangsaan. Pada hakikatnya, perkara yang termaktub dalam perlembagaan adalah sesuatu yang adil untuk semua. Halini dinyatakan dalam perlembagaan bahawa bahasa-bahasa lain boleh digunakan selain daripada maksud rasmi. Maknanya kaum bukan Melayu bebas menggunakan bahasa mereka dalam pertuturan seharian. Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT), mereka bebas menggunakan bahasa ibunda sendiri walaupun subjek Melayu wajib dipelajari. Pembelajaran Bahasa Melayu tidak mungkin menggugat bahasa ibunda mereka jika pertuturan seharian adalah dalam bahasa ibunda masing-masing. Sebagai buktinya, di sekitar Petaling Street khususnya, kebanyakan peniaga di sana menggunakan dialek Kantonis dengan berleluasa.
           Walaupun bahasa tersebut tidak diajar di sekolah Cina. Jelas terbukti bahawa walaupun bahasa tersebut tidak dijadikan bahasa pengantar di sekolah, ia tetap digunakan dan tidak tergugat . Rasional pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain . Menyentuh Bahasa Melayu sebagai lingua franca, William Mars ada menjelaskan (Mohd Salleh Abas , 1985) Bahasa Melayu dianggap berasal dari semenanjung Tanah Melayu dan telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut , dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke setiap bahagian pulau.
         Agama Islam Kedudukan agama Islam di negara kita melalui perlembagaan telah memperuntukan bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan menurut perkara 3 (1). Perkara ini telah diterima setelah diteliti dengan melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik dan kepelbagaian kepercayaan. Ini menunjukkan bahawa usaha orang melayu mempertahankan kesucian agama Islam sepanjang masa malah sebelum kuasa British masuk lagi tidak sia-sia setelah agama Islam di peruntukan sebagai agama persekutuan. Adalah tidak adil sekiranya kewujudan agama Kristian, Hindu dan Buddha yang dibawa oleh kaum lain semasa dalam penjajahan British tidak diberi pertimbangan oleh persekutuan .
           Oleh itu, perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”. Kebebasan untuk beragama dijamin terhadap semua agama,bahawa setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal 4, untuk mengembangkannya dan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri menubuh dan menyelenggara institusi-institusi.









KESIMPULAN
          Secara keseluruhannya, dapat di nilaikan bahawa amalan sosial yang telah diamalkan oleh Malaysia sejak 50 tahun yang lampau sebenarnya dapat mencorak negara bangsa Malaysia . Usaha kerajaan sejak dari terciptanya Kontrak Sosial merupakan satu usaha utama yang dijadikan pegangan untuk menggubal dasar-dasar pembangunan negara untuk mencapai matlamat dan seterusnya dapat membentuk negara Bangsa yang mengutamakan perpaduan . Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan . Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Namun begitu, disebabkan oleh kepercayaan sesetengah kaum yang masih ingin mengekalkan kepentingan sendiri seperti kepentingan budaya asal sehingga tidak mahu menerima budaya lain telah membantutkan usaha kerajaan. Kelakuan sesetengah pemimpin politik yang ingin menjaga status diri banyak mengurangkan kepercayaan sesetengah kaum terhadap usaha kerajaan. Sebagai contohnya usaha kerajaan untuk menubuhkan Sekolah Wawasan, disebabkan oleh risau akan kepupusan bahasa ibunda telah menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mahu menghantar anak ke Kompleks Sekolah Wawasan tersebut kerana gara-gara dipengaruhi oleh ketua mereka yang hanya ingin menjaga status dan kepentingan sendiri .






RUJUKAN
4)    Buku Pengajian Malaysia SIRI POLITEKNIK (OXFORD FAJAR)








LAMPIRAN